walaweii....aku dah la lama x bukak blog nie. Sekali bukak rupanya dah lebih 6 bulan x updates. Dah tu boleh satu post jer rupernya. Hahahahaha.Ajer yang merepek betui.
harap aku tuilis nie takder la singgung sesapa yer...
Kes #listen rupanya masih berpanjangan. Belum ada titik nokhtah. Masing-masing menegakkan pendirian masing-masing. aku baru terbaca artikel kat MALAYSIAKINI. nie link nya http://www.malaysiakini.com/news/219504
bila aku baca mengikut fahaman aku, betul la Bawani tuh. Tu pendapat dia,fahaman dia. Yang Salah pada aku Kerajaan, lebih tepat Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sepatutnya modul dan juga subjek di semua Sekolah serta IPTA dan IPTS di kawal sedia oleh Pihak berwajib. Ini komer bagi pelajar komer carik sendiri. Jadi dia ikut la fahaman dia sendiri. Cuba komer baca link tuh, dia jadikkan Che Guevara sebagai idola dia. Sebab apa, sebab kesamarataan. dia memilih biar semua orang sama rata dari segi pendidikan dan juga kehidupan. Bagus tuh, tapi aku pelik..... dia nak ker hidup cara orang Bolivia. Rasa aku la...di negara Amerika Selatan lagi teruk rasuah nya, lagi teruk kemiskinannya dan lagi teruk jurang Kaya- Miskinnya....
Manusia nie tak kira la dia Melayu,Cina,India,Sikh atau apa sahaja bangsa dia tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dia dah ada. Mudah untuk menyalahkan dan mengadu tentang orang lain berbanding dengan diri sendiri.
Rakyat Malaysia sendiri tak berapa suka tinggal kat Malaysia nie, ada lebih baik la angkat kaki. Sebab setahu aku la, punya la berduyun duyun manusia dari Negara lain sibuk datang sini nak carik rezeki dan ada segelintirnya menjadi kaya raya di negara asal sebab bekerja di sini. Kualiti pendidikan pun deme sibuk nak bagi kat anak deme. Kos belajar yang murah, kos rawatan perubatan yang murah. tapi yang duk komplen nie mmg aku tak paham.
Yang menjawab tu pun satu hal, ko boleh jawab dengan lebih baik. Bukan jawab dengan cara macam tu. Walaupun kita ada kedudukan dan pangkat, tak janjikan orang akan hormat kita kalau kita tak taw nak hormat orang.
Apa - apa pun semua orang ngaku dia berani kerana benar sedangkan dia tengin sebenornya. jadila manusia yang mahu menerima kritikan dan juga yang memberi kritikan yang agak membina bukan yang membuta tuli.
Woop....Woop... "OPAH GANYANG KOW"